Recent comments

Terbaru

FELCRA HOMESTAY SEBERANG PERAK

Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Setelah beberapa hari kami di Ipoh Perak kami mengorak langkah menuju ke Felcra Seberang Perak pula dan kami berterima kasih kepada yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@Canon Marketing Malaysia
@Wangi World Malaysia

Kami di sambunt meriah oleh Felcra Seberang Perak dan  Homestay Felcra Bandar Baru Seberang Perak .
Kami di jamu minum petang dan di bawa melihat sekitar kawasan dan melawat gudang benih padi di sana.




Bergambar kenangan bersama pegawai Felcra Seberang Perak setelah menangkap ikan di tali air berlatar belakang sawah padi. Kami sempat melawat kilang memproses anak benih dan kawasan sekitar.











Pelbagai mesin dan jentera yang di gunakan bagi penanaman padi oleh pihak Felcra Seberang Perak. Aktiviti meracun dan membaja menggunakan helikopter kecil yang direka khas untuk meracun dan membaja sawah padi di sini.






Setelah aktiviti menangkap ikan di tali air kami seterusnya melawat ke kilang memproses padi dan anak benih padi. Perasaan kagum melihat teknologi yang digunakan dalam mengendalikan tanaman padi di felcra ini.





Ini adalah benih-benih padi yang akan di gunakan tapi hendaklah di tapis untuk di proses untuk tanaman dan di eksport ke luar negara.







sekitar 13 buah rumah yang berdaftar yang pasti pengalaman berada di sini memang terbaik!

Sebelah malam pula kami di undang makan bersama penduduk dan menikmati  jamuan BBQ buat kami.

 Sedap betul makanan-makanan yang disediakan. Kerang bakar ada, ikan keli bakar ada, ayam bakar ada, udang bakar ada, sup tulang pun ada dan banyak lagi. 

Kenyang sungguh kami malam hari itu dan rasa sekejap sangat kami di sana tapi di santun baik oleh penduduk.








Kami dihiburkan oleh anak-anak muda di sini dengan dua buah tarian. Amat kagum sekali dengan keunikan tarian melayu perak yang dipanggil Tarian Wan Lebor dan Tarian Dabus yang dipersembahkan kepada kami.

 Untuk video  ini merupakan Tarian Wan Lebor.


Credit : Zharif


Meriahkan!
Terima kasih orang kampung Felcra Changkat Lada









Kami sempat bergambar kenangan bersama penduduk kampunh dan keluarga angkat kami.


Suasana kampung yang damai dapat dirasai di awal paginya tetapi masa amat mencemburui kami untuk lebih lama di sini sebab tak puas rasanya tinggal di sini.



 Keluarga angkat kami sangat mesra dan peramah seperti tinggal bersama saudara sendiri rasanya. 

Awal Pagi keluarga angkat kami menyediakan sarapan yang sangat sedap. Mee goreng ada, roti telur ada dan yang paling penting pulut ikan pekasam pun ada sekali. Sempat juga keluarga angkat bungkuskan kami rambutan seikat dua.











Setelah menginap di homestay Felcra kampung Changkat Lada kami awal pagi terpaksa menuju ke destinasi seterusnya.

Kami di bawa ke Felcra Seberang Perak dan menuju ke perusahaan madu kelulut yang dkelolakan oleh Wadira Felcra di sebelah banggunan Felcra.

Best dapat minum madu terus dari sarang. Macam inilah caranya untuk sedut madu dari sarangnya bagi sesiapa yang belum tahu.








Setiap daripada kami berpeluang menyedut madu terus dari sarangnya. Memang lain sikit rasa madu lebah kelulut nie daripada madu lain tetapi banyak juga yang kami rasa.

 sambil tu kami sempat merasa buah-buahan di sana seperti rambutan dan nangka madu yang sedap rasanya.







 Tidak melepaskan peluang kami melawat ladang sawit kebun buah-buahan di Tanaman Felcra Seberang Perak yang luas.






Bagus juga kerajaan dan Tourism Malaysia yang mewujudkan homestay di setiap kampung-kampung. Kita dapat rasai sendiri pengalaman tinggal di sebuah kampung  dan menyaksikan aktiviti-aktiviti tradisional masyarakat.

Bagi yang berminat untuk melakukan aktiviti di sana bolehlah hubungi inap desa seberang perak .


29 comments:

  1. Wahhh seronok betul program ni. Teringin rasanya merasai madu terus dari sarang tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best yang lain pun terus sedut dan manis sgt2

      Delete
  2. Saya suka program macam ni, sekarang ada masa nak explore dan merasai kalau diberi peluang memang saya tak lepaskan... tarian tradisonal Perak tu nampak menarik mcm muah nak follow, makanan tradisi perak pon saya suka... suasa dekat sawah pon saya suka... entri ni bagus dijadikan bahan rujukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq... mesti tau sbb bagi kita ada yang tak perlu tapi org luar negara memang ini yang di tunggu2 kan.

      Delete
  3. Bestkan dapat join... hehe.. dapat banyak pengetahun selain macam macam pengalaman best...

    ReplyDelete
  4. Teruja pulak baca entri ni..dpt tgk padi & beras depan mata yg original..sawah padi tu sejuk mata memandang..tu belum kira lagi udara segar kan..tetiba lak rindu kat kg..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best dapat duk kampung sure jimat jugak thehehe

      Delete
  5. bestnya ada program macam ni. walaupun sha duk kampung je tapi teringin jugak nak rasa duk kampung orang. btw pulut ikan pekasam tu first time dengar haha

    ReplyDelete
  6. bestnya ada program macam ni. walaupun sha duk kampung je tapi teringin jugak nak rasa duk kampung orang. btw pulut ikan pekasam tu first time dengar haha

    ReplyDelete
  7. wow banyak nya tempat menarik yang korang lawat especially yang bahagian beras tu and madu kelulut nampak sedap nak try lagi

    ReplyDelete
  8. Wahh seronoknya! Teringin juga nak rasai pengalaman camni. Pergi tempat orang, tengok sendiri camne diorang proses padi tu dan yang paling penting boleh rasai madu kelulut tu fresh dari sarang tu

    ReplyDelete
  9. Seronok dapat jalan-jalan kat Perak terutamanya Felda yang banyak kita dapat pengalaman cara hidup mereka dan pengajaran darinya.

    ReplyDelete
  10. TB paling suka tengok kantung lebah kelulut u.. sebab tak pernha tengok sebelum ni, serius entri ni yang buat TB 1st time tengok macam mana rupa kantung tu.. thanks tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. memang best kalau ada peluang cuba tau.. tq

      Delete
  11. Bestnya trip mcm ni. Siap ada pertunjukan budaya. Akak suka sbb banyak gambar & video. Perkongsian yg hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nanti singgah lagi tau sure banyak yang menarik nak di kongsikan.

      Delete
  12. Banyak aktiviti menarik boleh buat ye dekat kawasan desa felcra tu. Sampai masuk kilang lagi tu.

    Sedapnya ikan pekasam. Terliur dgr.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah join keluarga angkat..mesti best kan.. seronok dpt tgk depan mata cara proses biji benih.. ikan pekasam tu feveret 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure nanti mesti dapat singgah.. suggest la company buat event kat sana kan thehehehehee

      Delete
  14. Seronok tengok aktiviti kat sana. Boleh tau tentang pengurusan padi. Best nyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib tak terbang sekali kat sana memang best tau!

      Delete
  15. Terima kasih share. Kalau ada kawan saya dari luar negara yang datang, boleh saya bawa ke sini.

    ReplyDelete
  16. Menarik program ni..kalau dpt join lagi best kan..macam-macam agenda ada tu ha..paling menarik sedut madu kelulut dari sarang tu...

    ReplyDelete
  17. Seronoknya tengok..macam2 aktiviti..memg best suasana kampung

    ReplyDelete
  18. Pengalaman trbaik ! Tertarik dengan aktiviti pertanian moden kat sawah padi tu... ^^ suasana kampung memang menenangkan... Homestay pun nampak damai n cantik ! Err, tapi lagi tertarik kat madu kelulut asli tu.. teringin jugak try direct diambil daripada sarangnya ^^

    ReplyDelete
  19. bestnya korang, heli tu best yang amat. pastu dapat merasai ketenangan di kampung wakkkkkkkk....

    ReplyDelete
  20. Wah macam best sangat trip ini, turun ke ladang felcra. Have fun yo

    ReplyDelete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)